Terma dan syarat
- ETA adalah ESTIMATED TIME ARRIVAL. Tarikh ini hanyalah tarikh yang dianggarkan oleh pihak kami untuk penghantaran dari Indonesia ke Malaysia. Kelewatan mungkin akan berlaku.
- ETA :2 MINGGU
- PRE ORDER adalah barang yang telah siap dan hanya mengambil masa untuk penghantaran
- Jika anda BUKAN seorang yang PENYABAR, sila lupakan untuk membuat tempahan.
- Jika anda SEORANG PENYABAR, anda dialu-alukan untuk menghantar tempahan.
- KEUTAMAAN diberi kepada pelanggan yang mempunyai sejarah yang baik.
- Tiada sebarang TAWAR-MENAWAR dibenarkan kerana harga kami sangat murah dan setaraf dengan kualiti PRODUK kami. Kami harus berlaku adil kepada semua pelanggan TERUTAMA pelanggan-pelanggan yang SETIA
- Kami berhak membatalkan sebarang tempahan jika kami dapati samada anda seorang meragukan, cerewet dan juga bersikap kurang ajar.
- Kami hanya menerima bayaran PENUH untuk mengelakkan pelanggan yang lari atau lewat membayar baki tempahan.
- Harga adalah tetap.
- Harga yang tertera tidak termasuk caj penghantaran kecuali dinyatakan
- Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar kecuali kami tersalah hantar barang atau saiz. Kami akan periksa barang dalam berkeadaan baik sebelum pembungkusan dan penghantaran.
- Tiada sebarang pembatalan diterima jika telah membuat pembayaran.
- Tiada sebarang penukaran keatas design dan size yang telah ditempah oleh pelanggan.
- Kami akan pulangkan kembali duit anda 100% jika barang anda kehabisan STOK.
TARIKH TUTUP PRE-ORDER ialah 30 Disember 2013
No comments:
Post a Comment